SEJAK sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi, Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk mengheret Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak ke mahkamah mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Petang semalam, bekas perdana menteri ditangkap di kediamannya dan dijangka dihadapkan di mahkamah hari ini untuk didakwa berhubung transaksi berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Berikut adalah beberapa peristiwa besar seperti yang digarap portal Malaysiakini, berlaku dalam tempoh 56 hari sejak malam 9 Mei, apabila Barisan Nasional dan UMNO kehilangan kuasa di Putrajaya sehingga membawa kepada penahanan Najib semalam.

9 Mei: 'Tsunami' hanyutkan Najib, PH tawan Putrajaya

12 Mei: Najib letak jawatan presiden UMNO, pengerusi BN

16 Mei: Lebih 10 kereta polis, Black Maria tiba di luar rumah Najib

17 Mei: Peguam: Beg tangan dan hadiah dirampas dari rumah Najib

- Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, bos baru SPRM

21 Mei: Pasukan khas siasat 1MDB dibentuk

Esok ada cerita menarik, kata bos baru SPRM

22 Mei: Najib: Sesi hari ini sambungan soal siasat 2015

24 Mei: Najib selesai beri keterangan 7 jam di SPRM

5 Jun: Rosmah hadir siasatan skandal SRC International

11 Jun: Polis jumpa barangan mewah di ‘rumah selamat’ Najib

27 Jun: Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif

28 Jun: PM kata Najib didakwa tak lama lagi, Altantuya bicara semula

2 Julai: Lepas hampir 9 jam di SPRM, esok Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi datang lagi bagi keterangan

3 Julai: Siasatan 1MDB: Riza Aziz (anak tiri Najib) tiba di ibu pejabat SPRM

: Najib ditahan, hadapi lebih 10 tuduhan pada Rabu

Berita berkaitan

Peguam Najib berkumpul di Langgak Duta

Hari saya berdepan dugaan dunia - Najib

Hari saya berdepan dugaan dunia - Najib

Penyokong Najib berhimpun

Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan

Najib bermalam di lokap SPRM

Najib tiba di SPRM Putrajaya

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 1:56 AM