KENDERAAN membawa Shafee dilihat meninggalkan kediaman Najib. FOTO Supian Ahmad
KENDERAAN membawa Shafee dilihat meninggalkan kediaman Najib. FOTO Supian Ahmad
Kalbana Perimbanayagam


BEBERAPA kenderaan dipercayai milik kumpulan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar masuk kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, malam tadi.

Tinjauan di lokasi mendapati kumpulan peguam itu turut disertai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang memasuki kediaman Najib, kira-kira jam 9 malam.

Bagaimanapun, selepas hampir dua jam berbincang, kumpulan peguam itu meninggalkan kediaman Najib pada 10.46 malam.

Turut kelihatan meninggalkan kediaman berkenaan ialah adik Najib, Datuk Mohamed Nizam Razak.

Bagaimanapun, cubaan pengamal media mendapatkan kenyataan daripada kumpulan peguam itu tidak berjaya.

Perdana menteri keenam itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar jam 3 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh di mahkamah pagi hari ini.

Najib ditahan berkaitan kes dana berjumlah RM42 juta yang dikatakan diselewengkan daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Pada masa sama, turut kedengaran khabar angin dalam kalangan pemberita yang berkumpul di luar kediaman Najib bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, juga mungkin ditahan polis berhubung dakwaan pengubahan wang haram, namun usaha mendapatkan pengesahan polis gagal.

Berita berkaitan

Hari saya berdepan dugaan dunia - Najib

Penyokong Najib berhimpun

Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan

Najib bermalam di lokap SPRM

Najib tiba di SPRM Putrajaya

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 1:04 AM