MESSI (kiri) kecewa dengan kekalahan selepas Croatia mudah menewaskan Argentina. FOTO/AFP
MESSI (kiri) kecewa dengan kekalahan selepas Croatia mudah menewaskan Argentina. FOTO/AFP
Reuters

NIZHNY NOVGOROD, Russia: Croatia menghadiahkan Argentina kekalahan 3-0 seterusnya menempah tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia hasil jaringan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic dalam saingan Kumpulan D sebentar tadi.

Rebic membuka jaringan hasil kesilapan penjaga gol Willy Caballero untuk memberikan kelebihan buat pasukan dari Balkan itu sebelum rembatan deras dari luar kotak penalti oleh kapten, Modric 10 minit sebelum tamat menambah selesa pasukan itu.

Jaringan Rakitic pada tambahan masa mengesahkan kemenangan mereka.

Juara dua kali, Argentina berdepan kesukaran untuk mara ke kelompok 16 terakhir walaupun dengan kehadiran Lionel Messi selepas hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan.

Croatia mendahului kumpulan dengan enam mata.

Derita Argentina bermula dengan Caballero menerima ke hantaran belakang dan memberikannya kepada Rebic yang kemudiannya meledak voli pada minit ke-53.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 4:18 AM