Sukan team

GOLD COAST: Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji meraih pingat emas dalam acara pairs boling padang wanita selepas mencatat kemenangan 16-14 ke atas pasangan Afrika Selatan, sebentar tadi.

Emas yang diraih gandingan itu adalah yang keempat untuk kontinjen negara.

Dua emas pertama sebelum ini disumbangkan oleh atlet angkat berat Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin.

Emas ketiga pula menerusi penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong selepas memenangi acara 10m platform seirama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 April 2018 @ 10:07 AM
 SITI Zalina dan Emma menewaskan pasangan Afrika Selatan 16-14. FOTO/BERNAMA
SITI Zalina dan Emma menewaskan pasangan Afrika Selatan 16-14. FOTO/BERNAMA