SULTAN Ibrahim diiringi Ahmad Zahid meninjau koleksi peribadi motorsikal baginda ketika majlis perasmian. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
SULTAN Ibrahim diiringi Ahmad Zahid meninjau koleksi peribadi motorsikal baginda ketika majlis perasmian. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Esther Landau dan Faris Fuad


NOSTALGIA peristiwa motosikal ditunggang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dirempuh babi hutan dikongsi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada majlis perasmian Jambori Minggu Permotoran Negara (MBW) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini.

Baginda bertitah kejadian itu yang berlaku ketika sesi rombongan Kembara Mahkota Johor pada 2013 memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri tidak tumbang walaupun dilanggar haiwan berkenaan.

"(Waktu itu) dalam perjalanan dari Kluang ke Mersing, ada seekor babi hutan hendak melintas jalan apabila ternampak motosikal Harley Davidson saya (baginda) macam ‘harimau’, babi hutan itu tidak bergerak, beri tanda ‘hormat’ atau ‘takut’ kepada harimau.

"Nampak motosikal (Ahmad) Zahid yang ketika itu (memegang jawatan) Menteri Pertahanan, babi hutan itu terus meluru dan melanggar motor (Ahmad) Zahid.

"Namun, beliau ‘kuat’ dan ‘kebal’, tidak jatuh ketika dilanggar, mungkin binatang itu langgar untuk uji kekuatan (Ahmad) Zahid," titah baginda ketika merasmikan MBW 2018, di Serdang, hari ini.

Turut hadir Ahmad Zahid dan Presiden GPMOTO, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 6:22 PM