Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Usianya baru lapan tahun, tetapi uniknya Ariz Safiyy yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD) berkebolehan dalam empat bahasa asing termasuk Russia, Poland, Jerman dan Sepanyol selain mahir berbahasa Inggeris.

Anak bongsu kepada pasangan Dr Mohd Azlis Sani Md Jalil, 40, dan Nor Hamisah Mohamed Nor,41, yang menetap di Batu Pahat, Johor itu mempunyai kelebihan berkenaan sejak lebih setahun lalu selepas obses dengan abjad.

Menurut Dr Mohd Azlis Sani, mereka menyedari anak istimewa berkenaan mempunyai kecenderungan minat terhadap abjad sejak usianya dua tahun.

ARIZ Safiyy bersama ahli keluarganya. FOTO NSTP
ARIZ Safiyy bersama ahli keluarganya. FOTO NSTP

“Umur dia setahun tiga bulan dia sudah kenal ABC dan dua tahun sudah mula membaca tetapi tak bercakap cuma satu perkataan saja seperti mama.

“Dia mula mengeja ketika dua tahun setengah apabila mahukan apa-apa, kami pelik ingatkan dia mempunyai masalah kecelaruan bahasa rupanya selepas didiagnosis barulah kami tahu dia ada autisme,” katanya.

Dapatkan berita penuh di akhbar Metro Ahad hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 6:58 AM