KEADAAN selepas kemalangan membabitkan ENAM anggota wanita pasukan Light Strike Force (LSF) apabila Land Rover dinaiki terbalik dalam kejadian di Jalan Mahameru, pagi tadi. FOTO NSTP
KEADAAN selepas kemalangan membabitkan ENAM anggota wanita pasukan Light Strike Force (LSF) apabila Land Rover dinaiki terbalik dalam kejadian di Jalan Mahameru, pagi tadi. FOTO NSTP
Teoh Pei Ying


ENAM anggota wanita pasukan Light Strike Force (LSF) cedera apabila Land Rover dinaiki terbalik dalam kejadian di Jalan Mahameru, pagi tadi.

Difahamkan, enam anggota berkenaan dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menuju Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi menjalani latihan pada 8.50 pagi ketika kemalangan berlaku.

Kesemua yang terbabit kemalangan mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, kemalangan berpunca apabila pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan kemalangan tidak membabitkan pihak lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Mac 2018 @ 11:41 AM