Foto kiriman Nora termasuk daddy memicit wajah NeyNey dan Dre melihat adiknya di Instagram. FOTO IG NORA DANISH
Foto kiriman Nora termasuk daddy memicit wajah NeyNey dan Dre melihat adiknya di Instagram. FOTO IG NORA DANISH
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Nora Danish, menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto pertama berserta nama penuh bayi yang selamat dilahirkan pagi tadi, hari ini.

“Alhamdulillah. Kenalkan, anak lelaki saya Mohamed Neqayl Nedim,” tulisnya di Instagram.

Foto yang dikongsikan di Instagram pelakon berusia 35 tahun itu menerima lebih 200,000 ‘like’ di samping lebih 7,000 komen ucapan tahniah daripada netizen dan rakan-rakan artis.

Bukan itu saja. Nora juga memuat naik beberapa foto lain bayinya yang dipanggil dengan panggilan manja ‘NeyNey’ bersama suami, Nedim Nazri Aziz dan anak lelaki Nedim daripada perkahwinan pertamanya, Mohamed Nedrin atau Dre.

Tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraan, Nedim, 34, juga memuat naik beberapa foto Neqayl di Instagram miliknya.

Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan itu, Nora dan bayinya kelihatan masih berada di hospital dalam keadaan stabil dan sihat.

Berita berkaitan:

Nora, Nedim dapat 'hero' lagi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 5:03 PM