Nora bersama bekas suami, Nedim keluar dari mahkamah. Foto Hairul Anuar Rahim.
Nora bersama bekas suami, Nedim keluar dari mahkamah. Foto Hairul Anuar Rahim.

Kuala Lumpur: "Tiada yang berubah, cuma dia bukan milikku dalam Islam."

Demikian kata bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri yang sah bercerai dengan Nora di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, malam tadi.

Nedim menerusi hantaran terbaharu di Instagram percaya sekiranya jodoh mereka masih kuat pasti ada keajaiban yang berlaku.

"Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku," katanya.

Semalam, Nedim melafazkan talak satu terhadap Nora sekaligus menamatkan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini.

Nedim ketika ditemui media selepas prosiding berlangsung enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan untuk bercerai.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 11:06 AM