Keadaan jalan  runtuh yang meragut lapan nyawa. - Agensi
Keadaan jalan runtuh yang meragut lapan nyawa. - Agensi

Beijing: Lapan orang maut dan tiga lagi hilang selepas satu binaan di sebuah tapak landasan kereta api bawah tanah baru runtuh di bandar Foshan, selatan wilayah Guangdong, China kata biro pengangkutan bandar itu hari ini.

Sembilan lagi mangsa dibawa ke hospital akibat kecederaan ringan, selepas tapak pembinaan itu runtuh petang semalam, lapor media kerajaan China memetik biro pengangkutan terbabit.

Sebahagian jalan dan laluan pejalan kaki yang sebaris dengan lampu jalan retak dan tenggelam ke dalam tanah sehingga menyebabkan sebuah perhentian bas berhampiran tergantung di tepi lubang itu berdasarkan beberapa gambar dan video media kerajaan.

Lokasi itu adalah sebahagian daripada pembinaan rangkaian kereta api bawah tanah kedua Foshan.

Difahamkan, usaha menyelamat dan siasatan terhadap punca runtuhan itu giat dilakukan, kata biro pengangkutan terbabit. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2018 @ 4:49 AM