Siti Rohana Idris


SEMINGGU hilang, mayat Alif Aiman Mohd Adli, 12, akhirnya ditemui di tepi Sungai Kelantan dekat Kampung Raja, Palekbang, Tumpat, 10.15 malam semalam.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas itu hilang 3 Januari lalu selepas tergelincir ketika membasuh kaki di tebing Sungai Kelantan dekat Kampung Pak Limah, Salor, Kota Bharu.

Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Noor, 34  mententeramkan isterinya setelah mayat Alif Aiman Mohd Adli, 12, ditemui. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Noor, 34 mententeramkan isterinya setelah mayat Alif Aiman Mohd Adli, 12, ditemui. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Abd Kadir berkata, kanak-kanak itu ditemui kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia jatuh.

“Sebelum itu, kami terima panggilan daripada orang awam pada 9.17 malam dan ke lokasi untuk lakukan pencarian menggunakan sebuah bot.

Sepupu Alif Aiman, Mohd Hafizul  menunjukkan gambar Alif Aiman. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Sepupu Alif Aiman, Mohd Hafizul menunjukkan gambar Alif Aiman. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

“Mayat ditemui pada 10.15 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Ibrahim Sharif ketika ditemui berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat dan identitinya sudah disahkan keluarga.

“Bedah siasat akan dilakukan untuk tindakan susulan. Mayat yang ditemui sudah membengkak.

“Pengecaman paling jelas adalah menerusi seluar pendek berwarna hitam yang dipakai mangsa,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Alif Aiman dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan di Kampung Pak Limah selepas tergelincir ketika sedang membasuh kaki dalam kejadian 4.10 petang, Rabu lalu.

Mayat Alif Aiman dibawa menggunakan kenderaan polis ke Hospital Tumpat.
Mayat Alif Aiman dibawa menggunakan kenderaan polis ke Hospital Tumpat.

Sebelum itu, mangsa bersama empat rakan ke kawasan berkenaan untuk bermain.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Tumpat sebaik mayat Alif Aiman ,12, tiba, kira-kira 11 malam.

Paling terasa ibu bapanya Siti Nurul Ain Razali, 35, dan Mohd Adli Mohd Noor, 34, yang sebelum ini tidak henti berdoa supaya mayat anak mereka ditemui.

Malah kedua-duanya turut mengikuti operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan pasukan keselamatan hingga dihentikan pada Selasa.

Sepupu arwah, Mohd Hafizul Izwan Mohd Bakri, 28, berkata, ahli keluarganya lega dan bersyukur dengan penemuan itu.

“Sejak kehilangannya, doa kami tidak putus malah tiga malam lalu, solat hajat dilakukan untuk memohon mayat ditemukan.

“Apabila operasi dihentikan, kami juga sudah reda sekiranya dia tidak lagi ditemui. Namun, Allah SWTmenentukan, mayatnya ditemui malam ini. Kami bersyukur,” katanya.

Mayat Alif Aiman dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mayat Alif Aiman dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Menurutnya, mereka sekeluarga lega meskipun hanya jasad Alif Aiman, namun sekurang-kurangnya kuburnya bernisan.

Berita berkaitan:

Alif Aiman belum dijumpai

Unit K9 bantu cari Alif

Alif hilang di Sungai Kelantan: Tiada petunjuk baru

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 1:04 AM