KAPAL yang terbakar selepas bertembung. FOTO CGTN
KAPAL yang terbakar selepas bertembung. FOTO CGTN
Reuters

TIGA PULUH DUA kru kapal tangki dilaporkan hilang selepas ia bertembung dengan kapal kargo di Laut China Timur.

Kementerian Pengangkutan China dalam satu kenyataan berkata, kapal tangki Sanchi yang didaftar di Panama bertembung dengan CF Krystal yang didaftar di Hong Kong, kira-kira 160 batu nautika dari pantai Shanghai, petang Sabtu lalu.

Kru yang hilang terdiri daripada 30 orang warga Iran dan dua warga Bangladesh.

Bagaimanapun, kru kapal CF Crystal yang kesemuanya warga China berjaya diselamatkan.

Kementerian Pengangkutan berkata, Sanchi membawa muatan 136,000 tan minyak mentah dari Iran ke Korea Selatan manakala CF Crystal membawa muatan 64,000 tan bijirin dari Amerika Syarikat ke Guangdong, China.

“€œKapal tanki Sachi terapung dan terbakar. Terdapat tumpahan minyak dan kami berusaha menghantar bantuan.

“Kita menghantar empat kapal penyelamat dan tiga bot pembersihan ke tempat kejadian pada 9 pagi (waktu tempatan),” kata kementerian itu.

Korea Selatan turut menghantar kapal dan helikopter ke tempat kejadian untuk membantu menyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 3:06 PM