ANGGOTA polis bertanyakan sesuatu kepada lelaki tempatan yang ditahan bersama tiga wanita Thailand. FOTO Norizuan Shamsuddin
ANGGOTA polis bertanyakan sesuatu kepada lelaki tempatan yang ditahan bersama tiga wanita Thailand. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin


POLIS menahan tujuh individu, termasuk tiga wanita hasil Op Tutup yang dilaksanakan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam tadi.

Selain itu, polis turut mengeluarkan 327 saman terhadap pesalah trafik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata operasi bermula kira-kira 11 malam.

FOTO Norizuan Shamsuddin
FOTO Norizuan Shamsuddin

Menurutnya, operasi empat jam itu diperkuatkan 108 pegawai dan anggota.

Katanya, 970 motosikal dan 137 kereta diperiksa.

“Hasil pemeriksaan kita mengeluarkan 327 saman atas pelbagai kesalahan trafik seperti cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

“Daripada tujuh individu yang ditahan, dua daripada mereka dikesan positif dadah.

“Kami turut menahan lelaki tempatan bersama tiga wanita warga Thailand.

FOTO Norizuan Shamsuddin
FOTO Norizuan Shamsuddin

“Mereka disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran. Mereka kemudian dibawa ke balai untuk proses dokumentasi dan saringan air kencing,” katanya pada sidang media selepas Op Tutup.

Adnan berkata, operasi terbabit akan dilaksanakan setiap minggu dan tumpuan turut diberikan sempena ambang tahun baru, malam ini.

Katanya, 600 pegawai dan anggota akan turun padang bagi mengawasi lalu-lintas sempena tahun baru di sekitar ibu kota bagi mengelak kesesakan.

“Bukit Bintang, Dataran Merdeka, KLCC dan kawasan pusat beli-belah sekitar ibu kota menjadi tumpuan operasi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 8:20 AM