AKTIVIS remaja menangis selepas mereka dihalang polis di Lapangan Terbang Heathrow. FOTO Reuters
AKTIVIS remaja menangis selepas mereka dihalang polis di Lapangan Terbang Heathrow. FOTO Reuters
Agensi

LONDON: Sekumpulan aktivis remaja menangis teresak-esak mendakwa diugut ditahan polis kerana membuat bantahan di Lapangan Terbang Heathrow, pagi tadi.

Aktivis memperjuangkan perubahan iklim yang antaranya berusia 13 tahun itu dikelilingi polis sejurus tiba di lapangan terbang, lapor Metro UK.

Kumpulan terbabit turut membawa kain rentang besar 'adakah kami generasi terakhir?' dan mereka berhimpun di kawasan lapang berhampiran lapangan terbang.

Bantahan itu dilaporkan mencetuskan sedikit gangguan di lapangan terbang berkenaan.

Menurut Reuters, aktivis menyeru kerajaan British agar mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2025 dan menghentikan krisis iklim global.

Setiausaha Dalam Negeri, Sajid Javid menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap peserta bantahan anjuran Extinction Rebellion yang memasuki hari kelima di London.

Lebih 500 orang ditahan semalam selepas aktivis enggan mendengar arahan polis untuk meninggalkan kawasan Waterloo Bridge, Oxford Circus dan Parliament Square.

RATUSAN penunjuk perasaan membanjiri Oxford Circus. FOTO EPA
RATUSAN penunjuk perasaan membanjiri Oxford Circus. FOTO EPA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 11:50 PM