Mohd Sukri (kiri) bersama anak sulungnya, Mohd Ridhuan, 30, menunjukkan gambar Allahyarham Muhammad Lailatulman yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, semalam, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagus Rantau Panjang. FOTO SYAMSI SUHAIMI
Mohd Sukri (kiri) bersama anak sulungnya, Mohd Ridhuan, 30, menunjukkan gambar Allahyarham Muhammad Lailatulman yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, semalam, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagus Rantau Panjang. FOTO SYAMSI SUHAIMI
Muhamaad Razis Ismail


"Tanpa sebarang sebab arwah secara tiba-tiba meminta maaf ketika dia hubungi saya malam kelmarin," kata Che Yah Che Cob, 52, ibu Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, Perak semalam.

Che Yah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak kedua daripada empat beradik itu pada malam kelmarin.

" Pada 9.30 malam, arwah menghubungi saya dan meminta maaf tanpa sebab.

" Sebagai ibu sudah tentu saya rasakan seperti ada sesuatu, namun saya tidak bertanya kerana terlalu sedih dah sebak.

"Rupa-rupanya, itu adalah petanda terakhir arwah akan meninggalkan kami buat selamanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagus, Rantau Panjang tadi.

Menurutnya, dia sekeluarga menerima berita kematian anaknya itu selepas dihubungi isteri arwah, Norlia Hasmira Yahya, 24, selepas waktu Isyak, semalam.

Che Yah berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah ketika anaknya itu pulang bercuti selama tiga hari Sabtu minggu lalu.

" Saya lihat arwah lebih banyak termenung dan apabila ditanya arwah beritahu dia mempunyai masalah di tempat kerja.

" Sebelum balik arwah juga sempat hubungi adiknya di Johor untuk menjaga anaknya Aisyah Humairah berusia empat bulan,"katanya.

Sementara itu, bapanya, Mohd Sukri Salleh, 52, berharap pihak berkenaan memberi jawapan sebenar apa yang berlaku terhadap anaknya.

" Arwah seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebagai penyakit.

" Jadi saya harap siasatan terperinci dapat dijalankan," katanya.

Berita berkaitan

Isteri kata ada unsur jenayah

Eqiey kata nak berhenti kerja

[UPDATE] Tunggu keputusan bedah siasat

Naluri isteri LK 1 Nik Mohd Baihaqy

Anggota TLDM maut latihan fizikal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 10:25 PM