Syaherah Mustafa


JENAZAH Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, 9.30 pagi hari ini.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan penduduk kampung hadir.

Hadir sama, Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis dan pasukan Kawalan Jenazah KD Lekir dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang menguruskan jenazah.

Terdahulu, van jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa Allahyarham tiba di kediaman keluarganya di Kampung Bagus, kira-kira 6.30 pagi hari ini dan disembahyangkan di Surau Al Hidayah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Jenazah Muhammad Lailatulman meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 1 pagi hari ini selepas mengambil masa kira-kira lima jam proses bedah siasat.

Allahyarham Muhammad Lailatulman meninggalkan seorang balu, Nur Liya Asmira Yahya, 24, dan seorang anak berusia empat bulan.

Sementara itu, jenazah Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, selamat dikebumikan pada 5.50 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Semalam, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat lalu.

Harian Metro melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota TLDM itu sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee dilaporkan berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Menurutnya, sehubungan itu tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan

Reman tujuh hari

Anggota TLDM meninggal disiasat kes bunuh

Kecederaan dalaman juga

Tiba-tiba minta maaf

Isteri kata ada unsur jenayah

Eqiey kata nak berhenti kerja

Tunggu keputusan bedah siasat

Naluri isteri LK 1 Nik Mohd Baihaqy

Anggota TLDM maut latihan fizikal

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 11:06 AM
Mohd Sukri Salleh, 52, menyiram air ke pusara anaknya, Muhammad Laillatulman di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang. FOTO Fathil Asri
Mohd Sukri Salleh, 52, menyiram air ke pusara anaknya, Muhammad Laillatulman di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang. FOTO Fathil Asri