HAZILA Abdul Hamid di sisi suaminya Koperal Faizal Baharom. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
HAZILA Abdul Hamid di sisi suaminya Koperal Faizal Baharom. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Muhaamad Hafis Nawawi


"KETIKA kejadian saya baru selesai menghantar Proton Saga FLX milik TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) ke pusat servis dan dalam perjalanan pulang sebelum terbabit kemalangan itu."

Itu kata Koperal Faizal Baharom, 36, yang menjadi mangsa dalam kemalangan antara bekas suami isteri, Titi Gajah, Alor Setar, Rabu lalu.

Faizal ketika ditemui masih lemah dan tidak berupaya bercakap banyak kerana menahan kesakitan di kepala.

Isterinya, Hazila Abdul Hamid, berkata akibat kemalangan itu, hidung suaminya patah, dahi berjahit dan lelangit terpaksa dimasukkan besi.

Selain itu, katanya, suaminya juga mengalami darah beku di kepala dan akan dibedah dalam tempoh terdekat ini.

"Saya hanya menyedari kejadian itu pada 3.30 petang, selepas anggota TUDM datang ke rumah di Pulau Timbul, Jitra, memaklumkan kemalangan itu.

"Saya terus ke hospital dan lihat suami dalam keadaan kepala berdarah dan dia memberitahu sakit kepala," katanya yang kini tujuh bulan hamil anak kedua.

Hazila menganggap kejadian itu adalah dugaan Aidiladha, terkejut namun bersyukur suaminya selamat.

Berita berkaitan

'Mikhail tanya mana mak...mana tok?'

'Usah guris hati mereka'

'Be strong sayang..Awak kuat'

Adik Mikhail patah rusuk, cedera paru kanan

Berebut anak punya pasal...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 3:58 PM