Muhaamad Hafis Nawawi


MUHAMMAD Mikhail Jafrul Nizam, 5, yang dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan Rabu lalu di Titi Gajah, Alor Setar, sudah mula sedar, malam semalam.

Ahli keluarganya yang enggan dikenali, berkata Mikhail yang dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sudah boleh bercakap namun masih lemah.

"Mikhail bertanyakan di mana maknya dan tok (nenek) namun kami memujuknya supaya berehat dahulu kerana masih sakit.

"Walaupun sudah sedar keadaannya masih lemah dan kami tidak mahu menganggu emosinya walaupun dia ingin bertemu dengan mak dan toknya (nenek)," katanya ketika ditemui di HSB, hari ini.

Berita berkaitan

'Usah guris hati mereka'

'Be strong sayang..Awak kuat'

Adik Mikhail patah rusuk, cedera paru kanan

Berebut anak punya pasal...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 3:30 PM