Muhaamad Hafis Nawawi


PAKAR perubatan yang merawat adik Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, 5, yang kritikal selepas kemalangan di Titi Gajah, Alor Setar, Rabu lalu akan menghentikan alat bantuan pernafasannya dalam masa terdekat jika dia mampu bernafas sendiri.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, keadaan kanak-kanak itu semakin baik dan dikategorikan melepasi tahap kritikal dan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, pakar yang merawat bercadang untuk menghentikan alat bantuan pernafasan dalam masa terdekat jika dia kekal stabil dan mampu bernafas dengan sendiri.

"Buat masa ini dia masih menggunakan alat bantuan pernafasan jenis Synchronized Intermittent Mandatory Ventilation (SIMV).

"Alat ini berupaya mengesan pernafasan kanak-kanak terbabit dan membenarkan keupayaan pernafasannya untuk bertindak tanpa dikawal oleh alat SIMV," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mikhail dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Berita berkaitan

'Ini ujian Aidiladha, syukur suami selamat'

'Mikhail tanya mana mak...mana tok?'

'Usah guris hati mereka'

'Be strong sayang..Awak kuat'

Adik Mikhail patah rusuk, cedera paru kanan

Berebut anak punya pasal...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 6:44 PM