SOUFI benam cabaran Yuan Min dari Singapura. -Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
SOUFI benam cabaran Yuan Min dari Singapura. -Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
Ajitpal Singh


MALAYSIA meraih pingat emas keenam dalam sukan boling padang pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi Soufi Rusli dalam acara perseorangan lelaki, sebentar tadi.

Soufi, pemenang pingat perak perseorangan Piala Dunia 2017, membenam Lee Yuan Min dari Singapura 21-6 pada final di Pusat Boling Padang Kebangsaan di Bukit Kiara.

Pemain Malaysia, Emma Firyana Saroji akan berdepan pemain Brunei, Amali Matali pada perlawanan akhir perseorangan wanita petang ini.

Terdahulu, skuad negara menang pingat emas acara four wanita, triple (lelaki dan wanita) serta pair (lelaki dan wanita).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 11:10 AM