FOTO ini dipetik daripada @NajibRazak yang dimuatnaik di Twitter pada 11.56 malam, 24 Ogos 2017.
FOTO ini dipetik daripada @NajibRazak yang dimuatnaik di Twitter pada 11.56 malam, 24 Ogos 2017.
HM Digital


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kali menyiarkan foto dirinya memangku cucu, malam tadi.

Menerusi akaun Twitter @NajibRazak, beliau berkata: “My new grandson, Adam Razak! Alhamdulillah, praise be to God, Gina and her baby are both healthy.”

Nooryana Najwa, yang lebih dikenali sebagai Gina, selamat melahirkan bayinya.

Nooryana Najwa berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessibayev, dua tahun lalu. Adam adalah anak sulung mereka.

Difahamkan, Adam Razak lahir di satu hospital swasta di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 9:09 AM