NOORYANA Najwa ketika di Majlis Khatam al Quran di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, 18 Mac. FOTO Bernama
NOORYANA Najwa ketika di Majlis Khatam al Quran di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, 18 Mac. FOTO Bernama
NAJIB melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa menikahkan anaknya, Nooryana Najwa dengan pilihan hati puterinya, Daniyar Kessikbayev (kiri) pada majlis akad nikah di Seri Perdana, Putrajaya. Dengan sekali lafaz Daniyar kini sah menjadi suami kepada Nooryana Najwa. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, majlis ijab kabul puterinya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev, malam tadi, oleh beliau sendiri, amat bermakna sekali baginya sebagai ayah.

“Gina (nama panggilan Nooryana Najwa) akan diijabkabulkan oleh saya,” kata perdana menteri dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitter dan Facebook, hari ini.

Dalam catatan terdahulu, Najib berdoa semoga perkahwinan anaknya bersama Daniyar akan diberkati Allah SWT.

“Sebagai ayah, saya doa agar Gina menjadi seorang isteri yang solehah, insya-Allah,” katanya.

Beliau turut berharap agar anaknya akan sentiasa bahagia di samping suami.

Semalam, jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata majlis akad nikah Nooryana Najwa akan berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, yang akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Jamil Khir berkata, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan anak mereka di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Nooryana Najwa, 27, lulusan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat pada 2011, dan kini berkhidmat dengan syarikat ‘venture capital’.

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan, ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 11:40 PM