Rafiq  (kiri) bersorak gembira selepas mengumpul mata 1163 sekali gus rangkul emas untuk negara. -Foto DANIAL SAAD
Rafiq (kiri) bersorak gembira selepas mengumpul mata 1163 sekali gus rangkul emas untuk negara. -Foto DANIAL SAAD
Fabian Peter


MALAYSIA berjaya mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki bowling di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila Muhammad Rafiq Ismail mengungguli saingan final di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, hari ini.

Rafiq yang juga juara bertahan mencatatkan keseluruhan 1,418 jatuhan pin dalam enam permainan dan mengatasi rakan senegara yang merangkul perak, Adrian Ang dengan kelebihan 16 pin.

Pemain Indonesia, Yeri Ramadona meraih gangsa dengan catatan 1,380 jatuhan pin.

Ketua jurulatih kebangsaan Holloway Cheah berkata: “Perlawanan kelihatan mudah tetapi sebenarnya saingan sangat sengit. Saya menjangkakan Adrian akan bermain dengan baik, tetapi dia melakukan jauh lebih cemerlang hari ini.”

Malaysia sebelum itu memenangi perak dan gangsa menerusi Sin Li Jane dan Shalin Zulkifli dalam perseorangan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 6:28 PM