HM Digital


• Mayat lelaki berusia 49 tahun ditemui tergantung di tempat letak kereta sebuah kilang di Bakar Arang, Sungai Petani, hari ini.

• Lelaki berusia 37 tahun melecur di bahu kiri ketika menyelamatkan ahli keluarga selepas rumah bapa mentuanya di Seri Bandi, Chukai, terbakar 2.30 pagi hari ini.

• Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggagalkan penyeludupan 23 gading gajah bernilai RM275,000 dan sisik tenggiling RM3.86 juta di KLIA, 30 Julai lalu.

• Penguat kuasa AADK cedera tiga jari tangan kiri akibat bergelut dengan lelaki dipercayai penagih dadah yang cuba meloloskan diri di bekas tapak pelupusan sampah Krubong, Melaka, hari ini.

• Pokok akan ditanam bagi setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia dan nama atlet terbabit akan dipaparkan pada pokok itu melalui Inisiatif Hijau Sukan Sea 2017 yang akan menanam 5,249 pokok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 7:10 PM