NOR Asikin menunjukkan ubi  rebus bersama petai jeruk. Gambar kanan, penduduk bergotong-royong membersih ubi kayu sebelum direbus. FOTO Nazdy Harun
NOR Asikin menunjukkan ubi rebus bersama petai jeruk. Gambar kanan, penduduk bergotong-royong membersih ubi kayu sebelum direbus. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun


Kuala Berang: Kombinasi ubi kayu rebus, petai jeruk dan kelapa parut ialah makanan tradisional yang mungkin sukar ditemui ketika ini kerana bukannya sajian kegemaran golongan muda.

Berikutan itu, penduduk Kampung Peneh, di sini, menyajikan makanan tradisional tempatan itu ketika program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan dan masjid di kampung itu bagi membolehkan orang ramai terutama golongan muda merasa sendiri keenakan serta keunikannya.

Nor Asikin Mat Hassan, 31, hanya mengetahui mengenai sajian berkenaan apabila hadir ke program terbabit.

Dia sebelum ini mengetahui ubi kayu rebus hanya dimakan dengan kelapa parut dan dicicah gula atau dimakan begitu saja.

Katanya, dia tidak pernah melihat atau mengetahui ubi kayu rebus dimakan bersama petai jeruk dan ia satu pengalaman unik.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 5:41 AM