MUHAMMAD Yusof dibantu ayah angkatnya, Mohd Zukhi Ghazali membaca al-Quran. Gambar kanan, Muhammad Yusof memasak di rumah keluarga angkatnya di Kuala Ketil. FOTO Sabaruddin Abd Ghani
MUHAMMAD Yusof dibantu ayah angkatnya, Mohd Zukhi Ghazali membaca al-Quran. Gambar kanan, Muhammad Yusof memasak di rumah keluarga angkatnya di Kuala Ketil. FOTO Sabaruddin Abd Ghani
Aizat Sharif

Sungai Petani: Tahun ini memberi pengalaman bermakna paling istimewa buat lelaki warga England apabila menyambut Aidilfitri buat pertama kali sebagai umat Islam selepas memeluk agama ini sejak setahun lalu.

Muhammad Yusof Abdul Qarim, 27, atau dikenali sebagai Mat Cop turut teruja apabila berpeluang membakar lemang dan merasai keenakan rendang serta ketupat palas yang menjadi juadah wajib pada 1 Syawal buat masyarakat Islam di utara tanah air.

Malah, Muhammad Yusof atau nama asalnya Matthew Keily menyifatkan Aidilfitri adalah perayaan amat dinantikannya disebabkan mahu merasai sendiri keistimewaan menyambut perayaan itu bersama keluarga angkatnya.

“Ini adalah Aidilfitri pertama saya bersama keluarga angkat dan saya cukup teruja untuk merayakannya bersama mereka kerana banyak membantu dalam mendalami serta mempelajari agama Islam termasuk berpuasa di bulan Ramadan.

“Selain bersolat, saya juga bertadarus al-Quran bersama keluarga angkat bagi memantapkan lagi agama Islam yang dipelajari ini,” katanya di kediaman keluarga angkatnya di Kuala Ketil, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 11:35 AM