Raja Noraina Raja Rahim dan Abnor Hamizam Abd Manap


JENAZAH juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, dekat Jempol, 11.15 pagi, hari ini.

Terdahulu, jenazah dibawa menaiki helikopter EC725 dari Pangkalan Udara Kuantan dan tiba di Padang Awam FELDA Lui Muda pada 9 pagi sebelum dibawa ke kediaman keluarga yang terletak kira-kira 100 meter.

Jenazah dibawa dengan menaiki van jenazah dengan diiringi anggota polis trafik dan kenderaan rasmi TUDM.

Majlis pengebumian itu dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada pegawai tertinggi TUDM, keluarga, sanak-saudara, penduduk setempat dan rakan.

Asysyuhadak  dan Nur Hafiya pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Asysyuhadak dan Nur Hafiya pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Allahyarham Mohd Hasri dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof terkorban apabila pesawat Hawk 108 dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mereka ditemui 2.30 petang dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Allahyarham Mohd Hasri meninggalkan balu, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan anak perempuan, Nur Hafiya yang berusia lapan bulan.

Update nahas Hawk 108



Berita berkaitan

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 11:46 AM
JENAZAH Mohd Hasri diiringi anggota tentera dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol. FOTO Iqmal Haqim Rosman
JENAZAH Mohd Hasri diiringi anggota tentera dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol. FOTO Iqmal Haqim Rosman