Serpihan rangka pesawat Hawk 108 yang ditemui berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu, hari ini. FOTO  ihsan Markas Tentera Udara
Serpihan rangka pesawat Hawk 108 yang ditemui berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu, hari ini. FOTO ihsan Markas Tentera Udara
Nurul Hidayah Bahaudin


SERPIHAN rangka pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas, semalam, ditemui berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada 10.27 pagi hari ini.

Dalam kenyataan Markas Tentera Udara, usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan helikopter EC725.

"Pasukan SAR dari No 10 SKN Kuantan dianggotai Kapten Nazir Mohd Nor, Kapten Muhammad Yunus Mat Nor, Sarjan Azrin Mohamad@Johor, Koperal Sharizal Bahtiar Jamali dan Koperal Zulbakrin Masuda mengesahkan serpihan itu adalah rangka pesawat malang berkenaan.

"Kami sudah memasang perimeter keselamatan bagi tujuan siasatan dan usaha mengeluarkan rangka pesawat itu sedang giat dijalankan," katanya.

Katanya, lembaga penyiasatan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel John Sham Alagarsamy bersama tiga pegawai sudah berada di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 11.30 pagi semalam, pesawat pejuang Hawk 108 dinaiki Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terputus hubungan selepas 30 minit berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

Operasi SAR dijalankan menemui kedua-dua mangsa di Chukai, Kemaman, Terengganu pada 2.30 petang semalam.

Update nahas Hawk 108

Berita berkaitan

'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'

Dah jumpa lokasi Hawk 108?

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 5:44 PM