Zatul Iffah Zolkiply dan Shamsudin Husin


BEBERAPA anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini meletakkan pita keselamatan di sekitar kawasan dipercayai lokasi pesawat Hawk 108 terhempas berhampiran Kampung Yak Yah di Jalan Chukai-Ibok, Kemaman.

Pita itu diletakkan sepanjang 200 meter dengan beberapa anggota TUDM dilihat mengawal keadaan di lokasi kejadian.

Tinjauan mendapati beberapa anggota TUDM turut memasuki kawasan lokasi kejadian yang dipercayai lokasi mayat dan lokasi pesawat terhempas.

Malah, beberapa anggota TUDM dikatakan tiba di lokasi kejadian dan helikopter turut berlegar di ruang udara bermula jam 10 pagi.

Selain itu, pengamal media turut berada di lokasi kejadian

HELIKOPTER berlegar di ruang udara bermula 10 pagi. FOTO Rozainah Zakaria
HELIKOPTER berlegar di ruang udara bermula 10 pagi. FOTO Rozainah Zakaria

Semalam, dua juruterbang maut selepas pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mereka ditemui2.30 petang dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Update nahas Hawk 108



Berita berkaitan

Semoga arwah tenang di sana... [METROTV]

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 2:18 PM
ANGGOTA TUDM memasang pita amaran sepanjang 200 meter. FOTO Rozainah Zakaria
ANGGOTA TUDM memasang pita amaran sepanjang 200 meter. FOTO Rozainah Zakaria