Zuliaty Zulkiffli


SERPIHAN pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran Kampung Yah Yah, Chukai, Terengganu akan dibawa keluar dari lokasi nahas esok.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, rangka pesawat itu perlu dikeluarkan segera kerana ia penting bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya mengenal pasti punca nahas berlaku.

Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan awal berkaitan nahas dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan lebih rapi.

"Siasatan lebih terperinci akan dibuat dan laporan akan dikeluarkan secepat mungkin, " katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Bridget Sukarelawan Khidmat Negara di Dewan Tunku Anum, Jitra, hari ini.

Katanya, proses mengeluarkan pesawat dijangka mengambil masa kerana berdepan kesukaran dari segi kedudukan dan lokasi penemuan.

Dalam kejadian 11.30 pagi semalam, pesawat Hawk 108 dinaiki Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terputus hubungan selepas 30 minit berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

Mayat ditemui 2.30 petang dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Update nahas Hawk 108

Berita berkaitan

'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'

Dah jumpa lokasi Hawk 108?

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan



Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 11:23 PM