MOHD Rahmat menunjukkan udang galah yang diternaknya. Gambar kecil, Syed Mohd Imran Syed Ahmad,(kanan) dan Mohd Rahmat. FOTO Nazdy Harun
MOHD Rahmat menunjukkan udang galah yang diternaknya. Gambar kecil, Syed Mohd Imran Syed Ahmad,(kanan) dan Mohd Rahmat. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun


PERMINTAAN tinggi terhadap udang galah segar mendorong dua sahabat menjadikan perusahaan penternakan itu sebagai pendapatan sampingan mereka sejak setahun lalu.

Mohd Rahmat Saimi, 31, berkata, dia bersama rakannya, Syed Mohd Imran Syed Ahmad, 23, kini mempunyai 14 kolam udang galah yang diusahakan di kawasan bukit berhampiran Pertubuhan Peladang Bukit Diman, Kuala Berang.

Menurutnya, setiap kolam akan dimasukkan benih udang secara berperingkat bagi memastikan pengeluaran secara berterusan setiap tahun.

“Saya bersama rakan memulakan penternakan udang galah ini sejak Februari tahun lalu sebagai projek perintis di kampung ini dan penuaian hasil pertama bagi satu kolam yang diusahakan di peringkat awal itu berjaya memperoleh hasil RM3,120 apabila dijual kepada pemilik kolam pancing udang di daerah ini.

“Udang galah terbabit diternak secara konvensional tanpa menggunakan alat pengudaraan dan ketahanan udang daripada diserang penyakit mendorong saya dan rakan untuk memperluaskan perusahaan yang dijalankan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 6:00 AM