ALESSANDRO Celin (dua, kiri) diraikan rakan sepasukan Mohamad Ghaddar selepas menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur. FOTO BERNAMA
ALESSANDRO Celin (dua, kiri) diraikan rakan sepasukan Mohamad Ghaddar selepas menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur. FOTO BERNAMA
Azlan Hafeedz

PENYERANG import Alessandro Celin menyerahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi menentukan nasibnya bersama pasukan itu.

Pemain dari Brazil itu bagaimanapun mengakui akan terus membuktikan kemampuan beraksi dengan The Red Warriors (TRW) sekali gus berebut tempat dengan bakal import, Sanna Nyassi, 28, yang sedang dalam penilaian.

Sebelum ini, KAFA dilapor mula mencari pengganti sesuai bagi mengisi tempat Celin disebabkan pemain itu kerap dibelenggu kecederaan panjang.

Namun, aura bemain berusia 27 tahun itu kembali menyerlah apabila membantu pasukan membenam Pahang 3-2, Sabtu lalu serta turut diakui ketua jurulatih Zahasmi Ismail.

Keadaan itu memeningkan kepala pengurusan KAFA yang sebelum ini sedang berkira-kira mahu menggantikan Celin dengan pemain import baru sebaik jendela kedua perpindahan pemain dibuka, 15 Mei ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 5:06 AM