PROGRAM Berjalan Sihat @ Putrajaya 2024 sejauh 2.5 kilometer turut disertai Dr Zaliha dan Mohd Na’im.
PROGRAM Berjalan Sihat @ Putrajaya 2024 sejauh 2.5 kilometer turut disertai Dr Zaliha dan Mohd Na’im.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

ORANG ramai membanjiri pusat pentadbiran negara, Putrajaya sempena penganjuran Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD 2024) baru- baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran, reruai jualan, laman seni, aktiviti sukan, aktiviti riadah, aktiviti untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Antara pengisian menarik lain adalah program Kayuhan Ceria Komuniti Putrajaya membabitkan penduduk setempat.

Cuaca cerah juga membolehkan peserta berkayuh dalam suasana santai sambil menikmati panorama indah sepanjang di sekitar pusat pentadbiran negara itu.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki transit aliran automatik, Autonomous Rapid Transit (ART) yang mengadakan sesi pengujian sempena sambutan berkenaan di Dataran Putrajaya.

Dalam pada itu, lebih 6,000 peserta menyertai program Berjalan Sihat @ Putrajaya 2024 sejauh 2.5 kilometer.

Ia turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Program bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat itu bermula dari Dataran Putra ke Dataran Putrajaya dengan jarak sejauh 2.5 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2024 @ 6:30 AM