KHAIRY bersama Zambry sertai kayuhan Fit Malaysia sejauh 30 kilometer. FOTO L Manimaran
KHAIRY bersama Zambry sertai kayuhan Fit Malaysia sejauh 30 kilometer. FOTO L Manimaran
ANTARA perserta yang menyertai  larian Fit Malaysia sejauh 10 kiometer. FOTO L Manimaran
ANTARA perserta yang menyertai larian Fit Malaysia sejauh 10 kiometer. FOTO L Manimaran
Oleh Azizan Hashim


Ipoh: Seramai 15,000 orang menyertai Program Fit Malaysia 2015 peringkat negeri Perak di Dataran Bandaraya Ipoh, di sini, pagi ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, berkata, pihaknya gembira dengan sambutan hangat terutama golongan muda yang menyertai acara berbasikal dan larian serta pelbagai acara menarik lain yang diadakan di dataran berkenaan.

"Saya gembira dengan sambutan luar biasa ditunjukkan rakyat Perak terhadap program ini.

"Ini menunjukkan komitmen rakyat negeri ini untuk sentiasa cergas demi menjaga kesihatan mereka," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program itu.

Program itu dilancarkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selepas perasmian program, Khairy turut menyerahkan replika cek berjumlah RM1,476,500 kepada kerajaan Perak bagi menjayakan sambutan Hari Sukan Malaysia peringkat negeri yang akan diadakan bulan depan.

Terdahulu, Khairy dan Zambry menyertai program Kayuhan Fit Malaysia bermula kira-kira jam 7.30 pagi mengelilingi bandar raya Ipoh sejauh 30 kilometer.

Gambar L Manimaran dan Mohd Nazrulaswad Hamdan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 11:16 AM