Puan Sri Normala Samsudin
Puan Sri Normala Samsudin

Kuala Lumpur: Bekas pengacara dan personaliti TV3, Puan Sri Normala Samsudin berkongsi berita duka atas pemergian ibunya, Rajiah Buyong.

Berita itu dikongsikan Normala menerusi hantaran di Instagramnya, malam tadi.

"Dukacita dimaklumkan bonda/nenek tercinta kami, Puan Hajah Rajiah Binti Haji Buyong kembali ke rahmatullah.

"Bahawasanya kepunyaan Allah semua yang Dia ambil dan apa yang Dia beri, dan segala sesuatu di sisi-Nya sudah ditentukan tempoh waktunya.

"Damailah mak di alam yang kekal, tidurlah mak dan tenanglah mak di sana ya. Insya Allah kami juga akan menyusul menemui Pencipta Yang Maha Agung," tulisnya.

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri ucapan takziah dan doa untuk arwah daripada pengikut serta sahabat handai Normala.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 12:10 PM