Nora Danish
Nora Danish

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Nora Danish, 42, menjelaskan dia tidak tinggal serumah dengan bekas suami, Nedim Nazri selepas bercerai bulan lalu.

Nora, 42, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Stories malam tadi.

"Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal bersama kerana kami sudah bercerai," tulisnya.

Aktres yang popular menerusi sitkom Puteri itu memberitahu dia tidak kisah jika bekas suami dilihat bersama wanita lain kerana mereka sudah tidak bersama lagi malah perceraian adalah permintaan daripada Nora.

"Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?"

"Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, harap maklum," tulis Nora.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Nora dan Nedim bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 9:32 AM