BELLA dan Didi Astillah.
BELLA dan Didi Astillah.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Bella Astillah dilaporkan bakal berangkat Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan adiknya Didi Astillah dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

"Doakan Kaklong (kakak sulung) saya yang akan bertolak ke Tanah Suci hari ini. Semoga kaklong diberikan ketenangan hati dalam mengerjakan ibadah umrah serta mendapat umrah yang mambrur.

"Semoga segala urusan mu di sana dipermudahkan. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosamu dan memudahkan kebaikan bagimu dimanapun berada," tulisnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Bella kelihatan sedih dan menangis apabila pemergiannya ke Tanah Suci tidak ditemani sesiapa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 1:26 PM