Zara Zya
Zara Zya
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Zara Zya akan menjalani pembedahan untuk membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan untuk dua sindrom yang dihidapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

Khabar itu dikongsikan Zara menerusi Instagram, malam tadi. 

"Assalamualaikum. Dengan rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi, sama ada yang mengenali saya ataupun tidak. Sekiranya saya pernah menyakiti hati anda, maafkanlah saya.

"Esok, hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk membuang cyst, fibroid,dan melakukan 'facet joint injection'. Saya sudah berada di hospital ini hampir dua minggu. 

"Pada mulanya, saya hanya ingin membuat pemeriksaan untuk sakit artritis, tetapi kemudian didapati saya juga menghadapi masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome. 

"Selain itu, saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) di buah pinggang kiri dan mempunyai fibroid," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, Zara juga memohon doa dan kemaafan daripada pengikutnya di platform media sosial itu. 

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk memaafkan saya, ya. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya redha dengan semuanya," tulisnya. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan keadaan kesihatan Zara terganggu selepas disahkan menghidap dua sindrom yang mengganggu bahagian leher dan belakangnya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 10:31 PM