ADIRA tiba bagi sebutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat. FOTO Asyraf Hamzah
ADIRA tiba bagi sebutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat. FOTO Asyraf Hamzah
Najiy Jefri

Kuang: "Alhamdulillah saya tenang saja. Semoga semuanya dipermudahkan seperti apa yang kami sudah bincangkan."

Demikian kata penyanyi Adira Suhaimi, 32, mengenai sebutan kes perceraiannya dengan usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor, di sini, pagi ini.

Adira yang tiba pada jam 9 pagi berkata, dia nekad untuk meneruskan perceraian dan berharap semuanya dipermudahkan.

"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," katanya ringkas.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakli Adira iaitu Nor Saidah berkata keputusan hari ini bergantung kepada Datuk Red. 

"Sepatutnya hari ini untuk lantikan hakam bagi kedua-dua belah pihak, tapi Adira ada buat perbincangan dengan pihak Datuk Red, perbincangan akan dibentangkan di hadapan hakim dan kita tengok apa pendirian Datuk Red nanti," katanya. 

Sementara itu, Datuk Red yang tiba lima minit dengan mengenakan kurta berwarna merah jambu kemudian enggan menberikan sebarang komen berhubung perbicaraan pagi ini. 

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Adnan dengan isteri pertamanya yang dikenali Datin Red aau Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim turut berdepan ujian apabila isteri lnya itu memfailkan permohonan saman. 

Perkongsian hidup bersama Datin Red, mereka mempunyai lima anak.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.

 

Berita berkaitan:

Datuk Red sugul, tak larat jalan selepas sah cerai Adira

Adira tak tuntut nafkah, tak nak susahkan Datuk Red

Datuk Red, Adira kini sah cerai talak satu

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 9:53 AM