Jung Joon Young. FOTO Reuters
Jung Joon Young. FOTO Reuters
Agensi

Seoul: Penyanyi Jung Joon Young, 35, yang dijatuhkan hukuman atas kes rogol serta merakam dan menyebar video seks tanpa kebenaran sudah dibebaskan selepas lima tahun dipenjara.

Joon Young yang menjalani hukuman di penjara di Mokpo, Wilayah Jeolla Selatan, dibebaskan pada pagi semalam.

Pernah bergelar bintang cukup bersinar dalam industri hiburan, dia didapati bersalah pada 2019 oleh mahkamah selepas terbabit dalam beberapa jenayah tidak bermoral itu.

Selain merakam aksi hubungan di ranjang dan menyebarkannya, dia juga didakwa merogol seorang wanita di Daegu pada 2016.

Pada 2020, mahkamah memutuskan Joon Young dipenjara lima tahun serta perlu menjalani program pendidikan mengenai jenayah seksual.

Penyanyi terbabit menempa nama selepas menyertai pertandingan nyanyian Super Star K4 pada 2012.

Namanya serta-merta meledak pada ketika itu. Bagaimanapun, kariernya juga pantas merudum selepas pembabitan dalam pelbagai permasalahan undang-undang.

Belum ada kepastian lagi sama ada Joon Young akan kembali menyambung karier seninya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 11:32 AM