JUNG Joon-young
JUNG Joon-young
AFP

SEOUL: Seorang lagi bintang K-pop menggegarkan industri muzik apabila mengumumkan untuk bersara selepas mengaku membuat rakaman seks secara rahsia dan berkongsi rakaman terbabit di media sosial.

AFP melaporkan, Jung Joon-young, 30, membuat pengumuman itu selepas mengaku perbuatan itu apabila merakam dan berkongsi imej seks itu tanpa persetujuan pasangannya.

“Saya mengaku melakukan perbuatan itu. Saya membuat rakaman itu tanpa persetujuan pasangan dan berkongsi rakaman itu di ruang sembang, ketika itu saya tidak ada perasaan bersalah,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Joon-young adalah antara tiga artis lelaki dalam ruang sembang dan beberapa ahlinya berkongsi rakaman seks mereka dengan sekurang-kurangnya 10 orang wanita, lapor stesen televisyen tempatan SBS.

Kelmarin, anggota kumpulan K-pop, Big Bang, yang terkenal dengan nama pentas Seungri, mengumumkan bersara daripada bidang seni berikutan satu siasatan skandal seks.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 3:27 PM