MAHADI Badrul Zaman.
MAHADI Badrul Zaman.

Kuala Lumpur: Usahawan yang juga suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Mahadi Badrul Zaman, 40, akan mengeluarkan kenyataan media susulan namanya tersenarai dalam senarai amaran pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Mahadi berserta peguam mengadakan pertemuan itu bersama SC hari ini dan akan tampil menjelaskan apa sebenarnya berlaku susulan penularan mengenainya.

Dalam sebuah kenyataan, menurutnya dia tidak mengetahui perkara itu apalagi dia sendiri tidak menerima apa-apa surat makluman daripada pihak berkenaan.

"Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.

"Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ini?

"Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram," katanya.

Mahadi mengakui terkejut apabila mengetahui namanya berada dalam senarai sistem SC dan boleh cetuskan fitnah.

Beliau juga berkata sudah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 4:25 PM