Gambar dikongsikan Zahirah.
Gambar dikongsikan Zahirah.
Suhaila Khairie


Kuala Lumpur: Pelakon popular, Zahirah Macwilson berkongsi perkhabaran gembira di Instagram bahawa dirinya sedang hamil anak kedua.

Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 28, turut memuat naik beberapa gambar keadaan dirinya yang kini berbadan dua serta gambar imbasan janin selepas pemeriksaan ultra bunyi.

"Tidak sabar nak tunggu 2024," tulisnya ringkas.

Tinjauan di ruangan komen mendapati beberapa kenalan rapat dan rakan artis antaranya Neelofa, Ameera Khan, Nadhirah Zamani dan Mira Filzah rata-rata menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan berita gembira itu.

"Alhamdulillah. Yay lagi seorang!!!! Tahniah Zahirah dan suami! Isaac bakal jadi abang tak lama lagi," itu antara komen yang ditinggalkan mereka di Instagram.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza, 34, itu tidak bercerita lanjut mengenai tempoh kandungannya malah masih tidak mendedahkan jantina bayi yang bakal lahir itu.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman Hakim mengikat tali pertunangan di Perth, Australia pada 2019 dan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 1:28 PM