Haliza ketika memberi bantuan kepada Mak Jah dan Jalil Hamid. FOTO Instagram Haliza Maysuri
Haliza ketika memberi bantuan kepada Mak Jah dan Jalil Hamid. FOTO Instagram Haliza Maysuri
Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: Kesukaran hidup artis-artis veteran yang ketiadaan tawaran berlakon dan pekerjaan mendapat perhatian seorang ahli perniagaan, Haliza Maysuri. 

Menerusi Instagram, Haliza yang juga usahawan tudung memberikan sumbangan kepada pelakon, Jalil Hamid, Harun Hashim, Wan Maimunah, Mak Jah dan penyanyi, Zaiton Sameon.

"Dari usia 21 tahun, saya sibuk berniaga siang malam, memang tak ada masa nak tengok TV. Tapi kenal juga Jalil Hamid, Wan Maimunah dan Zaiton Sameon. 

"Mereka ini sudah uzur, tiada pendapatan, sudah bertahun-tahun tidak terima tawaran lakonan. 

"Selayaknya menerima zakat dan sumbangan di majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor semalam," tulisnya di keterangan video yang dimuat naik. 

Haliza turut meminta semua pihak mendoakan agar Allah permudahkan urusan mereka.

Dia juga turut berterima kasih kepada penganjur yang juga tuan rumah acara ini iaitu pelakon, Diana Rafar. 

Sementara itu, usaha yang dilakukan Haliza mendapat pujian dan komen positif daripada penggiat industri hiburan antaranya Diana Rafar sendiri, Haiza, Sheila Hassan dan ramai lagi. 

Terdahulu, beberapa artis terbabit melahirkan kesedihan kerana ketiadaan tawaran berlakon berbanding sebelum ini. 

Malah, jika ada pun tawaran, harga yang diberikan sangat rendah tidak bersesuaian dengan bakat besar yang dimiliki mereka. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 11:23 PM