Pelakon Fify Azmi. Foto Genes Gulitah
Pelakon Fify Azmi. Foto Genes Gulitah
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Fify Azmi menepis dakwaan bahawa dia seorang 'playgirl' apabila mudah mendekati lelaki lain susulan hubungannya dengan aktor Nafiez Zaidi berakhir dengan perpisahan sebelum ini.

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 33, berkata dia terbuka mengenali atau dekat dengan sesiapa saja atas dasar pekerjaan mahupun berkawan semata-mata.

"Yang saya dekati semua sebab bekerja. Dengan Nafisz pun saya berjumpa dia dekat set (penggambaran). Mestilah kenal-kenal. Saya tak adalah sekejam itu.

"Saya sudah beritahu awal-awal tiada niat nak bercinta atau apa. Tapi sudah orang nak kenal kita, saya kan cakap boleh saja. Kenapa tidak? Tengoklah macam mana, insya Allah," katanya sewaktu ditemui di pratonton filem terbarunya berjudul Fanna, di Dadi Pavilion, di sini, semalam.

Fify juga enggan memperincikan hubungannya dengan pelakon Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, apabila ada dakwaan timbul mereka kini bercinta pula.

"Saya dengan Syazwan kawan. Sebab kami terus-menerus (bergandingan kerja) penggambaran. Selepas ini pun saya ada tawaran yang kali ketiga dengannya.

"Saya tak nak cakap apa-apa. Bagilah orang buat andaian," katanya.

Selepas berpisah dengan Nafiez, Fify juga akui dia masih berkawan baik dengan pelakon terbabit dan tidak serik membuka hatinya menjalin hubungan cinta.

"Saya dengan Nafisz sampai sekarang masih saling menyapa. Dia orang yang sangat baik. Saya tak terfikir (bercinta) lagilah. Takkanlah nak cakap sudah tutup hati. Relaks lah.

"Siapa yang kita kenal, kita ambil kebaikan mereka. Kalau tak jumpa orang, macamana kita nak kenal orang itu? Kalau memang orang itu tak ngam dengan kita, takkan nak paksa diri?" katanya.

Terdahulu, hasrat Fify dan Nafiez untuk ke jenjang pelamin tidak kesampaian apabila hubungan cinta mereka berakhir pada Aidilfitri lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 1:29 PM