Fify bersama Nafiez. FOTO Instagram
Fify bersama Nafiez. FOTO Instagram
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon Fify Azmi, 30, mengakui dia sedang berkawan rapat dan dalam proses mengenali hati budi pelakon, Nafiez Zaidi, 29. 

Fify berkata, selepas hampir setahun melalui episod putus cinta dia kini mahu menggembirakan diri bersama kawan-kawan. 

"Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali.  Bagi saya, dia lelaki yang baik dan menarik untuk dikenali lebih rapat. 

"Lagipun dia sangat memahami saya. Kami berdua kenal sejak membintangi telefilem Ada Hantu, tapi mula berborak dan rapat ketika penggambaran Ada Hantu 2. 

"Selepas putus cinta lebih setahun lalu, saya nak mulakan fasa hidup baru dan menggembirakan diri bersama teman-teman," katanya. 

Terdahulu kehadiran Fify bersama Nafiez di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini, mencuri perhatian ramai apabila pasangan itu didakwa saling berpegangan tangan dan dikatakan juga sedang hangat bercinta. 

Menjawab pertanyaan netizen itu, Fify berkata, Nafiez membuatkan dia berasa lebih selesa memandangkan mereka dalam lapangan kerjaya yang sama. 

"Kehadiran Nafiez buatkan saya lagi tenang sebab saya sangat gementar. Pada acara itu ramai artis ada. Saya pun ditemani adik kembar. Jadi, bukan pegang tangan Nafiez saja. 

"Saya hanya mampu berserah kepada takdir. Tapi, apa yang menarik adalah kami saling memahami kerja masing-masing kerana berada dalam industri yang sama. 

"Jadi hubungan kami lebih mudah. Dia pun sudah lama berlakon dan kami senang nak berkomunikasi," katanya. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 1:05 PM