Fify Azmi bergambar pada majlis pra tayangan Filem Padu di Dadi Pavilion. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Fify Azmi bergambar pada majlis pra tayangan Filem Padu di Dadi Pavilion. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Fify Azmi menafikan dakwaan dia dan pelakon, Syazwan Zulkifly menjalin hubungan istimewa, sebaliknya mereka hanya berkawan biasa selama ini.

Fify berkata, walaupun mereka kini sudah tidak saling mengikuti akaun Instagram masing-masing, namun tidak bermakna mereka bermusuh atau bergaduh tetapi dia sekadar ingin menghormati status pelakon itu yang sudah memiliki teman hidup.

"Saya rapat dengan Syazwan sebab kerap bertemu di lokasi penggambaran. Saya rasa cerita ini sudah lama sebab kali terakhir menjalani penggambaran dengan dia minggu lalu.

"Mungkin sudah tak perlu lagi untuk bercakap dengan dia yang tiada kena-mengena. Tapi, bukanlah kami bergaduh. Saya rasa tak selesa untuk rapat dengan orang yang sudah berpunya.

"Bagi saya, cara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku. Tapi, kami tetap berkawan dan lepak bersama," katanya ketika ditemui selepas tayangan filem perdana filem terbaru lakonannya, Padu di sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini, semalam.

Fify berkata, kini dia berhubung dengan Syazwan sekiranya ada perkara penting yang perlu dibincangkan saja, selain terhutang budi dengan pelakon itu yang pernah mengajarnya berlakon.

"Saya sudah tak berhubung dengan dia. Malah kalau dia hubungi pun saya tak angkat. Kalau ada perkara penting yang dia mesej, jadi okay saja. Apapun dia adalah kawan yang baik sebab pernah ajar saya berlakon. Kami pernah rapat sebagai kawan, tapi untuk lebih daripada itu tidak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 2:03 PM