Shuib bersama Miza (tengah) dan Watie
Shuib bersama Miza (tengah) dan Watie

Kuala Lumpur: "Ibuuuuuu,". Perkataan itu muncul dari mulut pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu ketika pertama kali dipertemukan dengan kanak-kanak, dikenali sebagai Miza, yang wajahnya mirip penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Panggilan itu juga adalah panggilan yang biasa digunakan Shuib untuk memanggil Sarah.

Dalam hantaran video yang dimuat naik ibu tiri Sarah, Siti Fatimah di Instagram, Shuib kelihatan teruja dan tidak lepas pandang serta mengambil gambar kanak-kanak itu.

Dalam hantaran sama, Siti Fatimah atau Mak Der berkongsi rasa bahagia kerana dapat bertemu dengan keluarga Miza.

"Alhamdulillah, terlalu besar rezeki ini. Dapat berjumpa lagi. Kali ini, bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan," tulisnya.

Miza juga turut beramah mesra bersama keluarga Shuib termasuklah anak-anaknya, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2023 @ 3:14 PM