Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah Liyana
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana merancang untuk menunaikan umrah usai edah selepas perceraiannya dengan bekas suami yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof. 

Puteri Sarah yang sudah sah bercerai sejak 14 Jun lalu berkata, itu adalah sebagai penanda untuk permulaan baharu kehidupannya. 

"Insya-Allah, selepas selesai edah, saya nak mulakan hidup baharu dan menunaikan umrah. Ya, mungkin ada orang yang akan bercakap, saya dah selalu tunaikan umrah. 

"Tetapi, bagi saya, Tanah Suci adalah tempat terbaik untuk saya berdoa, bermuhasabah diri dan memulakan permulaan baharu," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Sarah, pemergiannya ke umrah selepas ini adalah bersama sahabatnya dan tidak ditemani anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. 

"Saya akan ke sana bersama sahabat saya yang juga ejen umrah dan ziarah. Kali ini, anak-anak tak ikut dan saya nak fokus kepada beribadah," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 11:46 AM