Syamsul Yusof bersama bekas isterinya Puteri Sarah Liyana keluar dari mahkamah selepas selesai proses pengesahan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. FOTO ASWADI ALIAS
Syamsul Yusof bersama bekas isterinya Puteri Sarah Liyana keluar dari mahkamah selepas selesai proses pengesahan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. FOTO ASWADI ALIAS
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, enggan memberi komen terhadap kesudiannya bertentang mata dengan Ira Kazar juga isteri kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof, 39.

"Tiada komen," katanya ringkas termasuk enggan mengulas lanjut mengenai kes saman yang difailkan terhadap wanita terbabit sebelum ini.

Demikian kenyataan pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, apabila ditanya sama ada dia sudi bertentang mata bersama isteri kepada bekas suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Dalam masa sama, Puteri Sarah juga enggan mengulas lanjut mengenai kes saman yang difailkan terhadap Ira sebelum ini.

"Mengenai kes dengan dia (Ira) pun saya tak boleh dedahkan lebih lanjut," katanya hanya mampu bersyukur semua kemelut rumah tangga dihadapi selama ini sudah selesai.

Terdahulu, Puteri Sarah ditemui selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, mengesahkan dia dan Syamsul bercerai dengan talak satu jam 12.25 tengah hari.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan pihaknya belum dapat berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

"Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan keluarkan mengenai perkara itu.

"Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan 'confidential'," katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ira.

Kemudian, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah pun menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira pada 25, 28 dan 29 Ogos hadapan.

Terdahulu, pada 18 Ogos tahun lalu, media melaporkan Ira ditahan Jawi. Pada 20 Ogos tahun lalu, media turut melaporkan Pengarah Jawi iaitu Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung dakwaan dibuat ke atasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2023 @ 3:12 PM